Tokyo Auto Salon 2018 penuh jentera modifikasi.

Acara yang diadakan di kompleks Makuhari Messe, Jepun mempamerkan 880 kenderaan ubah suai.

tas 2018 02

Setiap awal tahun, Tokyo Auto Salon (TAS) menjadi acara yang paling ditunggu-tunggu ‘kaki’ modifikasi pada peringkat global.

Acara yang diadakan buat kali ke-26 itu baharu sahaja menutup tirai pada 14 Januari lalu dengan mempersembahkan kereta binaan khas terbaharu pada masyarakat global.

tas 2018 07

Pameran tiga hari yang diadakan di kompleks Makuhari Messe, Jepun itu mencatatkan 319,030 pengunjung untuk melihat 880 kenderaan dipamerkan dengan pembabitkan 442 pempamer.

Penyertaan TAS dipelopori syarikat penalaan kereta, barangan aksesori sukan permotoran serta permainan video berhubung automotif.

tas 2018 15

Ia juga antara pameran terbaik kereta dunia berkaitan kegilaan modifikasi dan talaan daripada produk berjenama selepas acara Specialty Equipment Market Association’ (SEMA) di Amerika Syarikat dan Essen di Jerman.

Kali pertama acara itu diadakan pada 1983 yang dianjurkan majalah Option Tuning bagi mempromosikan budaya modifikasi kereta di Jepun.

tas 2018 06

Acara itu mempamerkan alat ganti, audio, aksesori dan peralatan berprestasi tinggi dipersembahkan pelbagai pengeluar untuk peminat.

Pengeluar produk turut memperagakan pelbagai peralatan baru dalam kerja penalaan enjin, alat ganti lebih lasak serta berkualiti dan aksesori baru yang dipasang pada kenderaan.

tas 2018 16

Selain itu, kehadiran pelbagai model yang berada di pasaran dengan sentuhan pelbagai teknologi baru cukup mengagumkan peminat dan ia termasuk dari jenama terkenal dari Honda, Nissan dan Toyota.

Antara yang dipamerkan :

Sumber: drebar.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *